Assalamualaikum para sahabat dan new readers sekelian,
Entri kali ini agak berbeza dari biasa. Saya bukanah ustazah pilihan untuk membincangkan tajuk syariah. Tiada langsung background sekolah agama. Dari kecil hinggalah ke universiti.
CS tercari-cari apa bentuk pelaburan yang sesuai untuk menambahkan pendapatan keluarga. Selepas lama berfikir sambil membuat research, akaun emas menjadi pilihan kami.
Kalau menyebut akaun emas, banyak pilihan yang kita ada contohnya:-
1- Akaun Simpanan emas Maybank, CIMB dan Public Bank.
2- Akaun Simpanan Emas Kuwait Finance House
CS memilih pilihan kedua kerana pelaburan emas di bank itu mengikut syariah. Dah puas mendengar bicara dari UZAR atau Yg Bhg Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang popular di Radio Ikim hari Rabu 5.15ptg atau diblog nya zaharuddin.net yang membincangkan halal dan haram akaun pelaburan emas. Memang CS bukan orangnya untuk menghuraikan satu persatu hukum pelaburan akaun emas. Secara asasnya, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Sebagai nasihat peribadi, sekiranya ada dalam kalangan kita yang telah melabur di bank yang tidak bersandarkan syariah, juallah segera supaya kita tidak bersubahat dalam riba. Hukum memakan riba ini sangatlah dasyat.
Cara untuk membuat pelaburan akaun emas di Kuwait Finance House ialah:-
1. Buka akaun simpanan sebanyak RM20.00
2. Kemudian baru boleh beli emas pada hari yang sama dengan nilai minimum 10gram emas.
Contoh:
1 gram emas RM179.48 X 10gram = RM1,790.48
Bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Kelang, memang mudah sebab bank Kuwait ini ada banyak cawangannya. Tetapi macam CS yang tinggal di Seremban sangatlah rumit untuk menambah pelaburan. Cara yang mudah diberi oleh pihak bank ialah, kita isi siap2 borang tambah pelaburan. Kita boleh transfer duit melalui Maybank2u atau ATM machine bank. Kemudian kita telefon pihak bank untuk “onkan” borang penambahan pelaburan itu.
Penambahan pelaburan adalah paling minimum 5 gram. Bermaksud 5gram X RM179= RMRM1,074. Penambahan pelaburan ini kalau kita ada lebih duit nak buatlah. Pelaburan emas ini sebenarnya bukanlah menjanjikan keuntungan. Analisis perlu juga dijalankan untuk tempoh 2 tahun. CS hanya membuat analisa dari harga emas yang semakin meningkat setiap masa. Memang ada juga masa yang harga emas turun tetapi sekejap sangat. Selebihnya ia akan meningkat. Bila bercakap dari segi pelaburan ini, kita tidak boleh mengharap keuntungan dalam masa yang singkat. Tiada jalan mudah atau singkat untuk berjaya samalah dengan kita blogging ni
.
inilah rupanya sijil emas yang kita dapat dari bank tersebut. Maklumat lain terpaksa disembunyikan untuk tujuan keselamatan. Hehehe
Sekian, bicara emas kali ini.
17 Responses to “Akaun pelaburan emas mengikut syariah”







As salam, ada advice tak tentang masa bile sesuai bukak akaun emas ni? waktu nilai emas tgh naik tinggi ke atau tgh turun ye??
waalaikumussalam Be Hazurah, sebaiknya masa emas harga rendah. Sekarang sesuai rasanya 1.69
Salam Kak CS,
Bagus la jika kita ada membuat pelaburan mcmni.
Sya pula bercadang membeli “Kijang Emas” yg berupa duit syiling emas keluaran Bank Negara Malaysia. Skrg sedang kumpulan duit lagi utk membuat belian.
Mekar recently posted..Beza Lelaki dan Perempuan
saya pon dah buat dah KFH tu
Juan recently posted..Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM
owh ye..tahniah Juan.. sama2 kita melabur aka menabung
Agro Bank menyediakan deposit box dengan bayaran tahunan yang murah RM20 setahun.
akubiomed recently posted..Projek Pistol bakal pesaing finalis AJL26
nak kena usaha juga ni melabur emas
insyaallah
simpan emas bgus masa depan, sb emas nilai tak turun makin naik adalah heeee
surihati_ku@yahoo.com recently posted..Sekeras Batu Berlekuk Jua Akhirnya
emas wanita dg emas mmg tak blh d pisahkan..
sy pakai emas sork2 jer heee..sb smua bertutup heeee
surihati_ku@yahoo.com recently posted..Sekeras Batu Berlekuk Jua Akhirnya
benar bagai dikata, emas dan wanita tak boleh dipisahkan
Kalau ada duit lebih .. memang elok la dilaburkan dlm emas sebab harga yang stabil
adamfaiz recently posted..Peniaga Kajang Perlu Bantuan Akibat Banjir
yezza
owh..memang berminat..tapi duit tidak mengizinkan..kuwait finance house ni tak banyak kt negeri lain..dan takde..
blackrosehunter recently posted..Super Fruits
hehe tak pe blackrose.. sikit2 lama2 jadi bukit
saya rasa sama je beli kepingan atau akaun..kalau kepingan risiko plak menyimpannya berbanding kita bukan akaun di bank..lebih selamat..
ayah saya buka akaun KFH dpd bulan 5 yg lepas..alhamdulillah..memang murah rezeki simpan emas ni..
adik sy pulak (baru umur 19) beli 2 keping emas buat simpan utk berkahwin nnt. (gatal sgt dia)
sy plak pakai rantai emas dan cincin emas je..gelang tak minat sebab rimas.hehe. tapi boleh jadi aset pelaburan jgkkan?
adele recently posted..Aku Tension Tetapi Tidak Dengan Speedtest
Ada yang menasihat membeli emas didalam bentuk fizikal berbanding membeli bentuk akaun simpanan emas.
akubiomed recently posted..Melihat kapal selam Agosta 70 secara dekat – siri 2
kalau beli yg fizikal, kena pula sewa safe box.. itu yg kami pilih akaun simpanan