Assalamualaikum semua, Salam Malam Jumaat.

Jarang saya nak menulis mengenai selebriti kat blog ini. Saya dan suami memang gemar menonton Malaysia Hari Ini MHI TV3. Boleh dikatakan setiap hari kami menonton sebelum pergi kerja. Pengacara yang biasa menghiasi MHI ini, Wardina Saffiyah, Nurul Shuhada Nurul Ain aka Shud, Aby aka Kak Bed, M Zul, Ahmad Fedtri Yahya, Zahan dan Ally Iskandar.

Mereka akan digandingkan mengikut kesesuaian masa saya fikir. Kadang2 saya perhatikan mereka memang serasi. Tahun 2011, dua orang pengacara ini menamatkan zaman bujang mereka iaitu Shud dan Ahmad Fedtri. (rupanya kampong Shud dekat dengan kampong saya di Rembau) Dalam mereka bergurau pagi2 itu, kasihan juga saya melihat Ally Iskandar yang putus tunang tahun lalu dengan tunangnya, Naib Juara Gadis Melayu Nur Aisyah Zainal.

Kalau tak silap dari pembacaan saya, Aisyah ini memang telah lama menjadi kenalan keluarga Ally. Dah tak ada jodoh. Secara peribadi, saya lihat Ally dan Aisyah tidak compatible. Tidak nampak keserasiannya. Itu pandangan saya pada awal pertunangan tetapi bukan lah instinct saya penyebab mereka putus tunang.

Photobucket
semoga majlis pernikahan berjalan lancar.

Esok, 20 Januari, khabarnya Ally Iskandar akan bernikah dengan seorang pelajar yang masih menuntut di Korea, Farah Lee. Sekilas pandangan mata kewanitaan dan keibuaan saya, ternyata saya seolah-olah merestui pernikahan mereka. Siapalah saya kan. Tapi agaknya saya sudah menjadi peminat Ally Iskandar dan sangat sensitif melihat peribadi beliau. Jauh dari sudut hati saya memang ada berdoa Ally mendapat pengganti yang sesuai untuknya. Kali ini nampaknya pilihannya gadis bertudung. Sweet nampak mereka berdua walaupun jarak umur yang besar 13 tahun.

Apa yang pasti, esok ramai official blogger terutama bloggers hiburan, gossip artis yang dijemput hadir ke majlis pernikahan Ally Iskandar. Saya hendak berusaha mendapatkan gambar pernikahan itu dari blogger hiburan yang saya kenal yang dijemput ke sana.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

18 Responses to “Ally Iskandar Kahwin Dengan Farah Lee 20 Januari”

  1. Baru tau nama gadis yg jadi tunang dia tu…sblm ni x ambil tau sangat…tp sbb yas pun suka cara dan sikap dia yas pun buat entri mengenai perkahwinan dia…apapun Tahniah buat Ally dan isteri….semoga kekal sepanjang hayat…
    yas recently posted..Kubur Rakyat Paling Miskin di AS – Kubur Rakyat?

  2. aku jeles gila ally dapat isteri cun dan solehah.. ahakss
    Oh! budu recently posted..Cara Mudah Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router

  3. insyallah mudahan berkekal hendaknya..:)
    Tuan Tanah recently posted..Lepasan sekolah masih ada gagal membaca, Di manakah silap guru?

  4. Nampak cute dan sepadan. Moga bahagia.
    Cikgu Hairul recently posted..Usaha vs Nasib

  5. moga2 ally akan kekal bahagia selamanya
    tehr recently posted..Pantun Tahun Baru Cina

  6. cantik isteri ally .. rezki dia :)
    rahman recently posted..Mark Hughes , Queens Park Rangers (QPR)

  7. suka tgok pic dema dua2 senyum cahaya cinta heeee

  8. moga kekal hendaknya,amin.

  9. masa dia putus tu mmg saya terkejut.saya suka dia jadi hos.tak kisah dlm rancangana pa tapi dia walau kurang popular namun cara dia mengacarakan tu bejya memikat hti org heeee

  10. thniah ally .. walopun dah berusia sikit tp still awet muda … dan mreka nmpk serasi dan seiras ;)
    Ummi Hanie recently posted..Bertambah lagi koleksi keychain

  11. hancurlah harapan gadis2 yg meminati ally selama ni..ehehe..

    apa pun..selamat pengantin baru buat ally dan isteri yng akan melangsungkan pd hari esok..=)
    chii recently posted..Kecantikan Luar & Dalam

  12. Selepas putus tunang terus bertaut yang baru. Baguslah tidak perlu tunggu lama-lama.
    akubiomed recently posted..Cikmin 2nd Birthday Blog & Macaron Giveaway

  13. elok sangatlah tu. dah tua sangat ally iskandar nih..
    ohcikgu recently posted..Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan Salleh

  14. semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu,,
    hatiputera recently posted..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?

  15. lau betul yg atas tu orangnya, mmg sweet pun.. comel..

    moga mereka bahagia hendaknya..
    fiezaradzi recently posted..Suka Yang Kecil-kecil Saja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge