Sesuai dengan hari Jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan motivasi dari Dr Hasan Din Al Hafiz bercakap di slot motivasi Sabtu lalu dengan tajuk Didikan agama Tv3. Semoga tiada kesilapan dalam saya berkongsi motivasi ini.
Datuk Hasan Din menyebut, Hadis Nabi menggariskan tiga tanggungjawab seorang bapa.
Pertama :
Memilih nama yg baik kpd anak. Anak jangan dipanggil dengan nama yang tidak elok. Di Akhirat kelak, anak akan berjumpa dengan bapa dan meminta menukar nama yang lain. Nabi kata nama tidak boleh ditukar diakhirat. Wah berat betul peranan nama ni ye.
Kedua, Bilamana anak berakal atau mumayiz beri dia ilmu berguna iaitu ilmu agama, thaharah, ibadat dan lain-lain.
Ketiga, Bila anak sudah besar, bapa bertanggungjawab menentukan bakal menantunya. Dalam budaya orang Melayu, kebiasaannya ibu yan menentukan menantu, ayah mengikut saja. Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz memberi contoh anak lelaki nak kahwin, bapa perlu tengok orangnya dahulu. Bawa balik ke rumah kalau terpaksa. Begitu juga kalau anak perempuan nak kahwin, bapa kena tengok bakal menantu lelakinya.
Datuk Abu Hasan Din mengingatkan seorang bapa perlu memberi didikan agama kepada anak-anaknya. Kalau perlu panggil ustaz ke rumah untuk mengajarkan ilmu agama. Budaya kita juga suka memanggil guru muzik datang ke rumah untuk mengajar anak bermain muzik. Ini sudah tidak betul.

Pesan Datuk Dr. Hasan Din lagi, dalam zaman Saidina Umar satu ketika seorang sahabat mengadap Saidina Umar dan berkata, Wahai Umar, anakku adalah anak derhaka.
Umar berkata, bawalah anakmu kemari berjumpa denganku. Sebaik anak itu mengadap Saidina Umar, Umar bertanya kepada si anak, apakah kamu tidak tahu dosa jika menderhaka kepada orang tuamua. Si anak menjawab. Apakah tanggungjawab bapa. Umar menerangkan ada tiga tanggungjawab seorang bapa. Umar juga menambah yang keempat iaitu memilih perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya nanti.
Sianak menjawab. Demi Allah keempat-empat tanggungjawab itu tiada pada bapa saya.
Bapa saya tidak memilih perempuan yang baik menjadi issterinya. Bapanya memilih pelacur disarang pelacuran. Bapa saya juga memberi nama yang membawa maksud pelawak jantan. Bapa juga tidak memberitahu yang mana perkara wajib dan yang mana bukan. Bapa saya tidak kisah pun siapa pasangan saya. Dengan itu Umar berkata kepada bapa yang mengadu, kamulah yang sepatutnya dihukum bukan sianak. Begitulah sekali beratnya tanggungjawab menjadi seorang bapa.
Datuk Dr Hasan Din AlHafiz juga menambah supaya membaca surah Al-Insyirah dan ayat penerang hati dan berikan air yang telah didoakan itu kepada anak-anak supaya Allah lapangkan dada anak-anak. Kalau ibubapa memberi nasihat anak-anak akan menerima.
Cerita Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz lagi, Nabi berkata apabila kita hendak menyuap nasi, dan nasi itu terjatuh diatas meja. Kutiplah kalau tidak kotor sebab kita tak tahu yang mana satu butir nasi yang berkat. Contohnya lagi budaya orang Melayu, kalau ziarah rumah orang dan kita dihidangkan dengan kuih cekodok. Pasti kita sebagai tetamu tidak menghabiskan cekodok itu sebab takut dituduh pelahap. Sedangkan kita tak tahu yang mana satu yang berkat. Inilah antara contoh didikan yang perlu bapa berikan kepada anak-anak.
Mudah-mudahan dengan perkongsian motivasi Datuk Dr Hasan Din AlHafiz ini dapat memberi manafaat kepada semua kaum bapa dan bakal-bakal bapa diluar sana.Wallahualam
13 Responses to “Berat menjadi bapa”








bukan senang untuk menjadi seorang ibu atau bapa kan…
nizam recently posted..Rukun-rukun Solat
Memang berat tanggungjawab seorang Bapa kepada anak2nya termasuk tanggungjawab Suami kpd isteri2nya. Oleh itu, kalau kita (org perempuan) sayang pada suami dan bapa, maka perlulah kita patuh dan hormat kpd setiap suruhan dan nasihat mereka
Mekar recently posted..Miang Khum…Appertizer Unik dari Thailand
tanggungjawab seorang bapa..memang takkan habis terhadap isteri dan anak perempuan..
ohcikgu recently posted..Keputusan Liga Super Malaysia 28 Januari 2012 – Terengganu Menang tipis, Johor FC kembali mengganas!
Barangsiapa yang tidak menunaikan tanggungjawabnya,… bersiap sedialah terima hukumannya nanti bila disoal kelak…
shraqs recently posted..Kekayaan Apple (InfoGraphics)
yap. memang berat..sangat berat..
titan recently posted..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
mmg berat tanggungjawab nie….:) skrg saya sendiri rasa bagaimana tanggungjawab ayah nie…:)
siTokei recently posted..Samsung Menangguhkan Pelancaran Samsung Galaxy S III
semoga sentiasa berusaha menjadi bapa yang baik untuk anak2
Mmg berat tanggungjawab ibu dan bapa….
segala2 akan disoal di padang masyar nanti….
Hairul Hissam recently posted..First time saya menang hadiah dari blogger
Memang berat tanggungjawab sebagi seorang bapa..
anif recently posted..Percutian Berkualiti Meningkatkan Produktiviti
saya kalau cekodok tu sedap.. saya makan jer sampai habis.. kalau tak habis tu ada laa sebabnya
rahman recently posted..vertigo perubatan dan rawatan
hahaha. tak kisahlah kan orang nak kata apa
wah CS..tazkirah yg berinfomasi..
spjg sy hidup ni..ada juga nama2 yg sy pernah dgr yg tak segaris dgn Islam..
1. Martini- nama arak omputih selalu minum
2. Jahim- Neraka
3. Wahnan- membebankan
rasanya kalau dah nama macam ni kenalah tukar nama baru..berat juga nnt kalo org dok panggil..tak elok bunyinya…
adele recently posted..Liam Neeson, Hero Taken Pertimbang Masuk Islam
Adel, tazkirah ciplak dari Datuk Hasan Din. Memang kdg2 orang pilih nama sebab nak sedap je atau nak nama yg kononnya ada standard