CS dilahirkan dalam keluarga sebagai anak keempat dari enam orang adik beradik. Arwah abah seorang yang sangat menitikberatkan subjek English. Walaupun abah hanya orang kampong penoreh getah dan pesara tentera British dan tanah Melayu tetapi abah sangat2 ambil berat tentang kemajuan pelajaran kami adik beradik.
Kalau ingat dengan entri Main Spelling Spelling ini semua adalah idea arwah abah dulu. Abah dulu memang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik kerana pernah dihantar ke Australia dalam bidang mekanik. CS gemar menjadikan abah talking dictionary sebab malas hendak membuka dictionary.
Atas faktor arwah abah yg sangat menitikberatkan subjek English, CS terbawa2 kepada anak2. Sayangnya di Seremban ini banyak kekurangan dari segi kemudahan untuk memantapkan ENglish anak tak kisahlah dari segi spoken, writing, listening atau lain2. Husna anak bongsu merasa juga pergi ke tadika Smart Reader Kids. Hasilnya memang sangat berpuashati. Husna menjadi kanak-kanak yang berani untuk bercakap English dengan sesiapa sahaja dan mempunyai level confident yang sangat sesuai dengan umurnya. Malangnya bila Husna naik ke Tahun 1, dia sudah mula fumble untuk bercakap dalam English walaupun saya meyakinkan dia. Persekitaran sangat mempengaruhi dunia kanak-kanak sebenarnya. (nada sedikit kecewa)
Setelah saya mendapatkan pandangan rakan baik yg tinggal di Petaling Jaya, beliau menyarankan saya untuk cuba dengan Kelas Drama Englis Helen O Grady. Tahun 2009 saya mencuba menghantar Ikram (masa tu dia Form 3) dan Aqil. Hasil untuk Ikram sangat baik. Memang tak boleh blah tengok Ikram perform sebagai pirate dalam performance Pirates Of the Carribean.

gambar ini diambil tahun 2009 -perfomance end of the year
Tahun 2012 ini, CS hantar semula Aqil dan kali ini Husna sebab sayang sangat nak burn keberanian Husna untuk speak English. Kelas drama ini bukanlah untuk melatih kanak-kanak menjadi pelakon tetapi untuk membina self esteem dan supaya kanak2 mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kelas drama English Helen O Grady ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Lower Level dan Upper Level bergantung kepada umur kanak-kanak. Yuran kelas drama English ini RM300 untuk anak pertama dan RM270 untuk anak kedua. Kelas ini hanya untuk 10 kali dan bayaran untuk semester kedua kena bayar lain lah.
Mungkin ramai di Seremban ini yang tak berapa tahu tentang kewujudan kelas ini. Kalau saya perhatikan kelas ini hanya masyarakat India dan Cina yang berminat. Tak pasti kenapa mungkin orang Melayu lebih cenderung kepada kelas2 Islamik yang saya juga minat. Apapun saya tahu Aqil dan Husna sangat happy bila pergi kelas Helen ini sebab tak perlu bawak buku, pencil box. Pergi ke kelas hanya untuk bercakap, bercakap dan menjadi story line.
20 Responses to “Berdrama English minat tak?”








boleh bagi contoh script drama tu? boleh kami buat pada budak-budak di surau kami ni ….. God bless you
orang banyak duit boleh la buat itu ini. kalo makan pakai pun tak lepas, jangankan nak masuk kelas drama english ni. rm300 tu boleh diperuntukkan untuk duit belanja dapur dsb. korang tak kisahlah sbb loaded. just my 2 cents.
Minah Jambu, hmm tak lah begitu. Loaded atau tidak terpulang kpd masing2. Saya menulis bukan kerana nak tunjukkan loaded atau tidak. Sekadar sharing info dan kpd ibubapa yang mencari pilihan utk anak2. Thanks datang blog saya ye
menarik banyak tips yang saya boleh dapat di sini ..
tapi saya mungkin tk berapa mampu nak hantar anak ke kelas mahal
puanbee recently posted..Al-Fatihah , Selawat Syifa’ Dan Air Zam Zam Untuk Sembuhkan Penyakit
bee, mmg mahal sedikit kelas ni huhu
menarik ni kak.. saya dulu join drama english kat dimatrik jer.. tu pun sangkut2 juga..
kakyong recently posted..Contest & Giveaway Ibu SIhat Anak Riang
mmg menarik kak yong. Kita pun kena sama drama English dengan anak. Nak cakap arab tak reti lah pulak
pas ni blh bukak class drama
suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung Ababil
klu begini mak ayah pun kena ckp bi baru ada ada brani lbih heee..
suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung Ababil
satu lagi saya syorkan puan, klu nk anak2 master english, kne latih dari rumah. saya syorkan x payah blaja english melalui movie, lagu dll.seeloknya saya syorkan blaja melalui islamic lectures, islamic english books, lagu2 nasyeed cam lagu zain bikha. kte nak anak2 kte master english, tp kte x nak anak2 kte jadik n tiru perangai n culture diorang. Betul x?
saya blaja melalui cara2 yg sy sebut tu..kwn sy pun same.english die jauh lg power banding ngn orang laen.
Wira Chomel recently posted Gempar, Seekor Panda Terlekat Di Celah Dahan Pokok Hampir Mati!
ok thanks saya terima cara wira chomel ini. Mmg saya tak biasa cari Islamic english book. Lagu nasyed juga tak dengar yg english
saya setuju dengan cara ini,
Juan recently posted..How To Update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread
penat latih murid-murid berlakon. hehe..
Berdasarkan pengalaman sy belajar luar negara & bergaul dgn org2 Islam pelbagai bangsa, saya dapat simpulkan bahawa orang melayu xde self confidence. Bila nak speaking, asyik nak fikir sama ada grammar betul ke tak. Memang grammar penting, tp as long as orang boleh faham jelas apa yg kte nk bgtau, pastu kte fluent walaupun grammar tunggang terbalik. Nak speaking nie bedal je, asalkan kita tak tergagap dan fluent. Xyah nak tiru slang sgt. Sy pun cakap slang melayu je, walaupun dah dkt 3 thn duk us.
Wira Chomel recently posted Cinta Itu Indah, Andai Dibajai Zikrullah
owh okay.. itu yg saya selalu nasihatkan anak2. yg develop confident dan tak kisah betul atau salah
Sy setuju tang persekiran menjadi pengaruh besar utk bertutur b.inggeris ni. Pernah anak sedara sendiri di hantar ke Smart Reader dulu, hari2 ada je perkataan b. inggeris keluar dari mulut wpun tak berapa paham sampai kita plak kita main teka2 perkataan apa yg dia cuba sebut. Tapi bila dah masuk sekolah kebangsaan, semua tu dah hilang sebab persekitaran yg beza.
shraqs recently posted..Samsung Di CES 2012
menariklah kelas ni..nanti bila ammar dah besar, nak hantar dia jugaklah..
bardboo recently posted..Wordless Wednesday #04: Sama Tapi Tak Serupa
Untuk bina keyakinan diri (bertutur bahasa kedua) kelas sebegini memang boleh dimanfaatkan.
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #22
english? ni yang ke laut china selatan nih..
titan recently posted..Komisen terakhir dari Adgitize
Dulu selepas periksa SRP kena paksa bercerita didalam bahasa Inggeris. Memang hancur ketika buat persembahan sebab buat tidak sepanuh hati.
akubiomed recently posted..Pengalaman anak jatuh sakit