Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Wah, lama sungguh CS tak update blog ni. Skrip yang biasa utk kebanyakan blogger.
Jadi baik CS mulakan post ni dengan amalan-amalan yang baik dalam Islam.

Amalan-amalan ni CS kutip dari Program yang dijalankan di Masjid Negeri, Seremban. Penceramah hebat dan tersohor Datok Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Satu hari CS duduk di Masjid ni tanpa terasa puasa dan penat. DUduk pun bersila di ruang solat masjid. Memang buahtangan yang dibawa oleh Haji ni sangat berbaloi.
Banyak sangat amalan yang mengikut sunnah Nabi yang kita terlepas.

Cara tidur Rasulullah adalah dengan cara mengiring ke kanan. Cara tidur ini sangat baik utk kesihatan dan peredaran darah memandangkan jantung kita di sebelah kiri. Untuk suami dan isteri tidur mengiring, suami akan nampak belakang isteri. Gurauan Haji ni katanya nampak bumper isteri. Ada juga yang menyampuk katanya bumper dah jatuh.Haish !!Satu dewan gelak besar.

Alhamdulillah rasanya ramai yang sudah praktikkan CS rasa. Kalau belum mula, malam ni jugak kena mula kerana cara tidur yang baik ini sebaiknya dibuat 40 hari berturut-turut. Kalau sudah tertinggal, selalunya amalan hanya tinggalan amalan. Rugi kalau kita tak ikut sunnah Rasullullah yang mudah ini. Ada jugak yang susah contohnya berpoligami. Senyum sendiri.. berani CS bawak tajuk ini.. belum pun rasanya

Satu perkara baru yang CS belajar dari tidur mengiring ni ialah, sebenarnya kita tidur seperti dalam liang lahad. Banyak lagi tips-tips menarik nak tulis tapi ada kesempatan. Semoga berjumpa lagi.

Selamat tidur mengiring ke kanan malam ini ye.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

4 Responses to “Cara tidur yang baik dalam Islam”

  1. Tidur mengiring sambil perluk bantal panjang sedap juga tuh :-)

  2. betul, tapi masih ramai yang tak tahu..
    titan recently posted..Update Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

  3. betul juga..seperti tidur dlm liang lahad..time kasih CS utk peringatan ni..mengiring smbil peluk bantal best tu :)
    adele recently posted..Cara Berhadapan dengan Bandwidth Limit Exceeded

  4. memang lebih selesa tidur mengiring. tak kira kanan atau kiri… ikut mana yang selesa ketika tu.
    nampaknya kene lebihkan belah kanan la lepas ni… :)
    kakngah recently posted..Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cara Tidur Yang Baik Dalam Islam | Komuniti Blogger - [...] Penuh: Di sini Ads From Sponsors nuffnang_bid = [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge