Link text

BIsmillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum semua

Biarpun blog ni kurang di kemaskini, tapi sahabat2 blogger tetap dihati CS. Bukan nak cakap main2, dalam hati terkenang2 sahabat blogger, apalah cerita terbaru yg diisi dalam blog. Namun kesibukan bekerja dan mengurus anak2 memang menjadi tanggungjawab utama.

 

Hari ini rasa sudah hilang separuh kerisauan. Risau dengan anak-anak yang menduduki peperiksaan2 besar. Aqil dengan UPKK, Farhan dengan PMR. ALhamdulillah dua exam ni dah pun berlalu. Apapun keputusan, serah pada Allah, anak2 dah pun berusaha. CS dan suami sebagai parents hanya menyokong dan takkan pernah putus berdoa untuk anak2 berjaya hidup dan akhirat.

Kalau boleh nak kongsi sedikit character anak-anak ni..
Farhan anak kedua dari 4 adik beradik. Selalu orang kaitkan 2nd child sindrom. Kata orang anak kedua ni jauh lebih robust dari anak pertama. Anak kedua ni lasak tak kira lelaki atau perempuan. Farhan semasa dalam perut sangatlah baik sehingga siibu risau anaknya kurang bergerak didalam perut. Kata orang lagi anak kedua ini lebih independent berbanding anak pertama. Ada berbagai lagi sifat-sifat anak kedua yg sering diperkatakan.

 

Bila lahirnya Farhan sebagai anak kedua, terkejut !!. Phuh memang sangat lasak sehingga jatuh kedalam longkang yang agak dalam tidak menangis. Dahi berdarah terhantuk dek buaian budak di taman permainan pun tidak menangis semasa umur 4 tahun.   Dahi itu sehingga ini masih lagi berparut sebab dijahit dengan 4 jahitan.  Pernah memasukkan biji tasbih kedalam telinga.   Pernah dengan badan yg berpeluh terlanggar almarai kaca dan kaca2 halus melekat dipeluh belakang badannya. Kalau nak cerita semua sangat banyak.  Jiran yg ada 4 anak perempuan sgt admire dengan kelasakan Farhan yg kerap membawa basikal keliling rumah. Katanya benar2 anak jantan. Hahaha.

Itulah character anak kedua yg bernama Farhan. Bila Farhan meningkat remaja ini, semasa raya yg lepas, terjentik hati ibu saya, bila dalam ayatnya meminta maaf.

“Mama, terimakasih kerana lahirkan Aan”
“Mama, halalkan airsusu mama selama ini”

Sejuk rasa hati. Tetapi terus menangis sebab CS dulu tidak pernah mengucapkan perkara ini kepada arwah mak. Terasa sangat rugi tak sempat nak cakap dengan mak. Tak pandai nak lahirkan kata-kata macam ni.

Ya Allah, kau kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku dari kecil hingga dewasa.

Sesungguhnya entri yang ditulis ini tidaklah untuk menceritakan kelebihan anak. Tetapi lebih untuk mengajak sahabat supaya hargailah ibu bapa semasa mereka ada. Terasa sungguh miskin bila ibu abah telah tiada.

p/s separuh risau lagi menjelang SPM bulan depan.

gambar semasa solat hajat dan bacaan yassin sebelum PMR di sekolah Farhan

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

23 Responses to “Hilang separuh kerisauan”

  1. Memang ada banyak benda yg mahu diucapkan kpd arwah mak saya krn dia pergi ketika sya masih kecil :-(
    Mekar recently posted..MasterChef Edisi Malaysia

  2. bEe sbg ibu tersentuh sungguh!!!!
    Membayangkan jika Danish juga begitu huhuhu ;)

  3. cikgu-cikgu diorang pun risau juga. hehe..
    ohcikgu recently posted..Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri Sembilan

  4. insyaAllah…semuanya akan berjaya… :)
    adele recently posted..Naib Johan Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Fakulti

  5. lama x singgah jengah CS.. apa khabar kak?
    terharu baca n3 nih…

    anak ke2 saya pun jenis yg tak brp menyusahkan saya.. kalo demam pun kurang merengek & dok layan diri jer..
    kakyong recently posted..Islamic Books for Kids–pelbagai pilihan buku untuk anak-anak

  6. salam ,

    kalau saya pun menagis jugak kak..
    puanbee recently posted..Giveaway Herba Maharani Puanbee & Ayujamal

  7. huhuhu..terharu baca yang last-last tu..
    blackrosehunter recently posted..Kebaikan Sayur Salad

  8. huh, kena ada anak cepat ni..
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.biz

  9. mak dan ayah kita perlu dihargai lagi2 semasa masih ada.. sabarla ye.. em semoga anak2 mendapat keputusan yang cemerlang nanti :)
    MR.Z recently posted..Undang-undang Syariah termasuk Hudud Dikuatkuasa di Brunei

  10. Tersentuh hati ibu bila mana seorang anak ucapkan kata2 mcm tu.
    Tiba2 teringat kat mak. Miss my mom ;)
    nizamghazi recently posted..Berapa Kerap Update Artikel Untuk Beloved Readers?

  11. Cukup besar tanggungjawab ibu bapa.. Bilalah agaknya jai nak bergelar bapa.. Hrap dapat harunginya dengan baik walaupun tidak sempurna..
    Jai recently posted..Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Melalui POS Malaysia dan BSN

  12. as salam CS,

    huuuu…tak pasal2 bergenang ayaq mata ni…mmg teringat sgt2 kat mama kat kampung, apatah lagi baru saja abah pergi…mmg benar kata2 CS…

    terasa kurang diri bila salah sorang tiada di sisi… :(

    terima kasih CS beri ingatan..

    haaa…dpt jugak saya tahu karakter anak kedua..nk juga tgk anak kedua saya ni…lasak ke tak… :D

    p/s-wow! farhan kecil2 dah ada yg admire..mmg anak abah??? :D
    hafizmd recently posted..Piala Malaysia: Kelantan vs Terengganu – Mampukah Terengganu bertahan & Kelantan bangkit?

  13. anak adalah penyeri rumah tangga
    Juan recently posted..Breaking Bad Season 1, 2, 3, 4 | Review

  14. lasak sungguh anaknya ya…apepun semoga berjaya buat anaknya yang nak spm .. bulan depan..masa semakin menghampiri..
    zik recently posted..Semarakkan kempen Piala Malaysia 2011,(Suku Akhir, Separuh Akhir, Akhir)

  15. tanpa anak rasa umh tangga kosong jer.ada anak2 mmg meriah dg ktwa, gelagat, rajuknya huuuu..

    sybas kak dsb didik anak dgn baik..
    suri recently posted..Cara Ubati Perasaan Rindu

  16. salam..
    indhanya ada ramai anak2.. sy suka mmbaca kisah ibu dan anak2 ia mmbtkan saya lebih dkt pada anak2..

    moga anak2 kak berjaya dlm ujian dia..

    p/s:suri ada satu blog utk anak.apa2 kisah mesti coretkan kt stu heeee… klu blh tak mau terlepas kisah ..saban waktu update heeee.klu lupa cpt2 tulis dlm blog.biar besar nnti dia baca haaaa
    suri recently posted..Cara Ubati Perasaan Rindu

  17. Ibu mana tida tersentuh hati kalau anak memohon maaf dan menghalal makan minum.

  18. Sebagai ibu bapa memang banyak perkara yang kita risaukan terutama tentang masa depan anak-anak..

    Tentang anak kedua tu lebih “robust” memang Saya setuju sangatlah.. :D
    anif recently posted..Bajet 2012 – Dari 12% ke 13%

  19. terharu kaklong…
    sebak!
    semoga aan berjaya didunia dan diakhirat..amin
    kaklong recently posted..PENGHARAMAN PEMAKAIAN TUDUNG

Trackbacks/Pingbacks

  1. Hilang Separuh Kerisauan | Komuniti Blogger - [...] Penuh: Di sini Ads From Sponsors nuffnang_bid = [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge