Selalu saya terfikir, dari mana orang dapat idea memberi nama kepada sesuatu benda.
Dahulu saya hairan bagaimana datangnya nama Kapal Mavi Marmara. Nama yang pada hemat saya sungguh catchy

Laut Marmara
Hari kedua kami di Istanbul April lalu, kami dibawa cruising Selat Bosphorus, cruise ini juga termasuk dalam pakej umrah dan ziarah kami. Selat Bosphorus ini memisahkan Istanbul di dua benua, Benua Asia dan Benua Eropah. Ini lah keistimewaan Istanbul yang duduk di dua Benua. Selat ini juga yang menghubungkan Laut Hitam (Black Sea) dengan Laut Marmara. Yang pastinya Selat bosphorus ini menyimpan sejarah Islam yang banyak semasa pemerintahan Sultan Muhammad AlFateh di zaman Uthmaniyah.
Mengkagumkan pemandangan sepanjang kami menyusuri Selat Bosphorus ini. Cuaca amat sejuk diselang dengan tiupan angin membuat CS tak betah untuk berlama-lama diatas cruise, turun kebawah cruise mencari tandas.

perhatikan struktur jambatan gantung ini, Mr Engineer pls say a word.
Dihujung Selat Bosphorus ini lah Laut Marmara. CS yakin nama Kapal Mavi Marmara itu adalah dari nama Laut Marmara. Betapa sedikitnya ilmu yang ada, baru sekarang CS tau adanya Laut Marmara dan datangnya nama Kapal Mavi Marmara yang telah diserang oleh tentera Israel semasa flotila Gaza sebelum ini.
Bosphorus Bridge
Semasa menyusuri selat ini, kita akan lalu di bawah Bosphorus Bridge atau Jambatan Bosphorus. Jambatan gantung ini hanya menggunakan kabel yang ditanam dihujung dua benua ini. Jambatan ini sungguh panjang iaitu lebih dari 1 kilometer dengan mempunyai 8 lorong.
Kami dibawa untuk singgah naik ke kawasan Benua Asia. Pada masa kami melawat Istanbul ini, baru habis musim sejuk dan musim bunga pun baru bermula. Bunga tulip banyak disana sini. Disebabkan dah terlalu biasa tengok tulip plastik sehinggakan yang ditanam pun kami ingatkan plastik. Cantik benar Istanbul ni.
p/s ada sesiapa tahu asal usul nama Kapal Mavi Marmara?
20 Responses to “Laut Marmara Istanbul dan Kapal Mavi Marmara”
Trackbacks/Pingbacks
- Laut Marmara Istanbul dan Kapal Mavi Marmara - [...] Penuh: Di sini Tags: bosphorus bridge Istanbul, kapal mavi marmara, selat [...]









hi, u pergi bln april, masih sejuk…perlu pakai baju sejuk kea
Berjalan-jalan dinegara orang dapat pelajari budaya di negara tersebut dan membuat perbandingan antara negara luar dan negara sendiri
akubiomed recently posted..Penjualan Samsung Galaxy S II menjangkau 3 juta
dlm negara yg sy dah pernah pergi, Istanbul paling sy gemar.. cuma Islam moden tu yg tak berkenan
Jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan kan kak? Masa tu lah kita tahu banyak perkara. sya pun xpernah dgr nama laut ni. unik!
MEKAR recently posted..Gadjet MemBERSIH Rumah – Spin-Dry Mop
marmara ni bahasa turki ke?
saya memang tak tahu
bunyi macam marimar je
[drama filipina]
tehr recently posted..Kalah
tak tau lah tehr.. tapi yg pastinya ia nama laut
Jeles tgk org ke luar negara… SImpan angan2 dulu, nanti baru lepaskan..he3..
Masa akk umur macam Jai, akak pun tak lepas kemana2.. Jai tabung duit dan berdoa
bilalah agaknya dapat berjalan ke sini ye..
ohcikgu recently posted..(Terkini) Semakan Keputusan UPU Kemasukan IPTA lepasan STPM/Matrikulasi 2011/2012 secara online dan SMS
kumpulkan duit sambil berdoa selalu, insyaAllah sampai.. mmg paling best ke Istanbul
kapal tu memang dari turki kan?jadi memang tak menghairankan kapal tu ambil nama sempena laut tu, cuma bagaimana idea tu TE tak tau he
tengkorak emas recently posted..Dapat surat tak berapa rasmi daripada blogger
TE, mmg kapal tu dari Turki jadi mereka namakan mengikut Laut Marmara.. bestnya ada “orang laut-laut” mcm TE komen..
hanie mmg dari 1st time dgr nama kapal tu dah berkenan …
dan baru ni tau ada laut marmara … lain kan dgn laut merah ? :p
thnx 4 info sis …
Ummi Hanie recently posted..One Lovely Blog
tulah kan Hanie.. mmg catchy nama Mavi Marmara..laut marmara tak sama dgn laut merah
tak tahu maknanya , ini kali pertama dengar ni kak
samalah kita bee
bestnya jalan2 luar negara.. hehe..
selalu tahu org amek nama ala2 perempuan utk kapal2 ni.. baru tau dari laut pun de ye..
fiezaradzi recently posted..Buffered Earning Nuffnang – Alhamdulillah
Fieza, nama Marmara tu macam unik ..asmara pun ye..hehe
seronoknya dapat berjalan ke negara org ye kak..
mmg seronok adele.. betul pun komen adele masuk spam.. thanks beritau akk