Tempat yang paling istimewa utk kita ziarah di kota Istanbul Turki ini ialah makam Saidina Abu Ayub AlAnsari.
Dari sejarahnya yang diceritakan oleh Mutawwif kami, Haji Mohsein, semasa Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, ramai yang berebut2 menawarkan nabi utk bermalam dirumah mereka.

Disebabkan itu, nabi berkata tengok dimana unta yang Nabi tunggang itu berhenti. Unta nabi telah berhenti di rumah Abu Ayub. Sahabat tidak berpuas hati lagi dan nabi berpusing lagi,unta masih lagi berhenti di rumah Abu Ayub. Akhirnya nabi bermalam disitu utk 7 ke 8 bulan.

Photobucket
sebelah kiri dlm gambar ini adalah makam . Semua tiles berwarna biru. Sungguh cantik

Saya lupa macam mana kaitan nya Abu Ayub berhijrah ke Istanbul. (Seingat2 saya berdasarkan hadis Nabi). Di Istanbul inilah terdapatnya makam Saidina Abu Ayub AlAnsari. Untuk masuk ke makam ini, pihak masjid menyediakan plastik utk kita masukkan kasut kita. Keadaan dalam makam ini sungguh hening hanya terdengar bunyi perlahan orang mengaji Al-Quran dan berdoa. Hati CS sendiri bergetar mengenangkan jasa Ayub AlAnsari kpd Islam dan kpd Nabi Muhammad saw sendiri. Kami berhenti seketika utk berdoa dalam makam ini dan melihat barang sejarah yang ada disekitarnya termasuk tapak kaki Nabi Muhammad saw. Berteleku airmata memandangnya. Rasa sebak saya rasa menyelubungi semua orang yang melihat.

Utk keluar dari makam ini, kami berjalan mengundur utk tidak membelakangkan makam. Luar dari makam ini terdapatnya Masjid Abu Ayub AlAnsari. Rekaan semua masjid di Turki nampak hampir sama dengan Masjid Biru Atau Masjid Sultan Ahmet. Suami CS sempat utk solat tahiyattul masjid. CS sendiri tidak sempat sebab tempat wuduk yang terlalu jauh dan masa sudah sampai.
Photobucket

Sekali lagi suasana dalam masjid ini sungguh hening.. CS hanya niat iktikaf dan memerhati rekabentuk kubah2 masjid ini. Cuba dalam hati membayangkan betapa lah kita kalau kita hidup pada zaman dulu..zaman susahpayahnya Nabi mengajak orang2 kafir utk memeluk Islam. Abu Ayub AlAnsari telah banyak

Photobucket
bekas tapak kaki Nabi kesayangan junjungan kita Muhammad saw

p/s banyaknya gambar yg sy nk kongsi..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

12 Responses to “Makam Abu Ayub AlAnsari di Istanbul,Turki”

  1. alhamdulillah…

    terima kasih CS sudi kongsi gambar2 penuh makna dan bermotivasi ni…terima kasih byk2..

    insyaAllah, nak juga ke sana nanti…ameen :D
    hafizmd recently posted..Pesanan buat Kakak…

  2. Alhamdulilah kak dapat peluang menziarah ke sana. Selamat pergi dan balik juga. Dapat tgk gambar pun jadi la utk merasai kegembiraannya.
    MEKAR recently posted..Remeh-temeh tentang Solat part 1

  3. terima kasih atas perkongsian ini..
    beruntung dapat ke sana
    Mus recently posted..Pemandangan Kota Kinabalu Dari Atas Bukit Kokol

  4. Sungguh bertuah CS dapat menjejakkan kaki ke sini.
    Hisyam recently posted..Sejarah Kemunculan Blog

  5. Alhamdulillah dan tahniah sbb cs dan suami dh sampai kesana..
    dh tentu hati kita akan “terasa” sewaktu kita melihat barang2,sejarah peninggalan nabi dan rasul sebelum nih…

    Sy dpt “merasai” sedikit perasaan itu meskipun hanya menerusi gambar…kalau la dpt pergi kesana….
    terima kasih kerana berkongsi..
    err..apa pandangan cs ttg org turki yekk, maaf pertama kali singgah disini…
    yas recently posted..25-000 burger Big Mac sejak 17may 1972

    • thanks yas.. orang turki nampak mcm biasa je .. susah nk jumpa jugak yg bertudung.. kata kawan yg sempat solat subuh di masjid.. imam kena tunggu makmum lama utk mula solat..sampai lewat juga nk mula solat tak spt kita kat sini.. lepas 10 minit dah mula solat..ramai yg solat sendirian sbb bekejar2 nk pergi kerja..

  6. As Salam,

    Seronoknya dpt melawati tmpt bersejarah. Bilalah agaknya bEe dpt sampai ke sana kan ;)

    **terima kasih krn sudi singgah d blog bEe
    bEe recently posted..BUSY – Part 2 -

  7. masyaAllah…. sy faham…mcm2 perasaan yg tak dpt digambarkan …sayu,tenang,gembira… :)

  8. salam..
    terujua saya nak melihatnya lagi heee…

    kekuasaan Tuhan mmg mengkagumkan..bgtu jua tinggalan Nabi buat khti kita semakin dekat padaNYA

  9. guru saya pernah cerita yang Abu Ayyub R.A ni keturunan beliau Islam sejak sebelum nabi Muhammad lahir..
    naimulfirdaus recently posted..perhatian kepada pembaca blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge