Cuti hari raya Cina ini selain dari menghadiri majlis perkahwinan, anak-anak pasti merengek rengek nak keluar. Saya pun setuju juga. Kalau hari weekdays, saya memang superbusy menjadi superwoman yang terbang sana sini. Bersilat kiri dan kanan. Menguruskan rumahtangga sambil bekerja memang sangat memenatkan dan saya sedang belajar untuk jarang mengeluh dan membebel. Ececeh berlagak bagus saya menulis.
Semalam kami cuba membeli tiket di Jusco Seremban. Jangan haraplah nak dapat. Orang terlampau ramai. Tak pula beli secara online. Hari ini saya kata kepada anak-anak kita beli tiket di Golden Screen Cinemas Terminal One Seremban sajalah. Saya tahu ramai orang Seremban jarang ke GSC Terminal One ini mungkin sebab shopping mall ini dah lama, dah tak lagi berseriĀ berbanding dengan Jaya Jusco Seremban dan MBO.

google translate yang lintang pukang
Farhan yang balik bercuti, orang yang paling excited nak tengok wayang. Maklumlah dah terperuk di hostel. Alasannya nak temankan adik-adik. Tajuk cerita yang nak ditengok Journey 2: The Mysterious Island. Saya research sikit apa sinopsis cerita ni dan cuba guna google translate. Memang tak boleh faham apa yang diterjemahkan oleh Pakcik Google ini. Google translate ini sangat berguna untuk kita translate dari English ke English. Dulu saya tahu trick nya tapi sekarang dah lupa pula. Nanti kalau saya ingat saya akan kongsikan di sini.
Kali terakhir saya tengok wayang cerita KL Gangster di Mid Valley. Kat situlah saya mula minat tengok Ady Putra berlakon. Lakonan saja yang saya minat.
13 Responses to “Mama nak tengok wayang”







tak sempat nak tengok lagi citer nih…
nizam recently posted..Rukun-rukun Solat
tak de la sedap sangat kata anak-anak saya
dah lama tak tengok wayang nih..
titan recently posted..Perangai macam Nobita.
Memang best sekali-sekala tengok wayang dengan family..
Niat di hati memang nak tengok Journey 2: The Mysterious Island tu.. tapi apakan daya isteri baru bersalin.. terpaksalah tunggu dvd je nanti
kulanz recently posted..Fenomena Ribut Solar Terbesar Mencipta Cahaya Utara yang Menakjubkan
wah…tgk ngn anak2 mmg lain feelnye =)
lama tak terjah wayang, asyik tgk kat rumah jer citer upin ipin ngn anak2…hehe
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #8 Oh!
lama jugak tak layan wayang nie..:)
Tuan Tanah recently posted..wordless wednesday #5 – JERSI BARU HARIMAU MALAYA UNTUK TAHUN 2012-13
best klu bawk ank2 masuk panggung tapi cter yang klr ar..klu cerita tak elok tu mmg tak baguh heee..nnti deoa ckp ibu ajar..plk aduii
rindu nak tgok wayang sama dia.. hurmmm…
aku juga dah lama benar tak tengok wayang
tak tau nak tengok cerita apa
tehr recently posted..Pantun Selamat Pagi
Saya ni tengok filem jugak la kalu nak masuk panggung,.. dok tunggu cite Ghost Rider 2 plak ni
shraqs recently posted..Facebook Bed
Saya pun sudah lama tidak singgah ke panggung wayang. Kali terakhir menonton filem Spiderman di KLCC.
akubiomed recently posted..Libas penangan Sepak takraw
Dah lama Benjy tak tengok wayang ni …. last nengok cerita Transformer …. huhh memang hebat cerita tu bila nengok kat panggung
b3njy recently posted..GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012
oh cerita tu..sy dah tengok..bg sy tak bestlah CS..boring..huhuhu
adele recently posted..Bacaan Wanita: Para Isteri, Bakal Isteri, Jom Baca ni!