Soalan CS kepada pembaca yg telah belum berumahtangga.
Apa kriteria utama memilih calon suami?

Jawapan CS dulu-dulu -nak cari suami yang tall, dark and handsome..
Tapi tak dapat pun. Dapat satu je yang dark tu. hiks.Bukan nak mengata suami sendiri tapi selalu apa yg kita inginkan tak sama dengan pemberian Allah.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Photobucket
credit to flickr irwandy

Anyway itu dari segi paras rupa. Bagaimana pula dari segi attitude?
Tips ini datang dari sedikit pengalaman sendiri dan pengalaman sahabat handai, rakan dan taulan.
Tips untuk memilih suami yang penyabar :-
1. Kita boleh kenal dari dia yang sanggup menunggu kita. Cuba tengok muka dia. Kalau orang panas baran, memang dia tak boleh tahan menunggu. Lelaki yang sabar boleh menunggu. Tapi janganlah mengarut lamanya.

2. Cuba kita mintak dia ajar kita sesuatu topik atau kalau sama kuliah, cuba kita mintak tunjukkan apa yang kita tak faham.

Jarang suami atau orang panas baran dapat sembunyikan amarahnya. Lelaki penyabar tidak cepat bosan dan sabar mengajar kita.

3. Cuba kita uji dia dengan membawa anak saudara kita terutamanya budak2 lelaki. Cuba perhatikan mahu atau tidak dia melayan budak2 kecil.

Jarang juga orang lelaki yg panas baran rajin melayan kerenah budak2.
Sikap ini selalu orang terlepas pandang.

4. Selalunya suami atau lelaki penyabar ini tidak kuat cemburunya. Lelaki panas baran selalu dikatakan cemburu yang keterlaluan.
Cemburu yang kadangkala mengarut. Janganlah kita perasan yang kononnya dia terlebih sayang kita. Berhati-hati dengan lelaki jenis ini.

5.
6.
7.
utk tips kelima,keenam dan ketujuh bolehlah kalau ada sesiapa yg ada ilmu utk tambahkan.

Pengomen lelaki digalakkan komen entri ini untuk kita sama-sama berkongsi tips dan mungkin boleh memperbaiki hubungan suami isteri. Kalaulah semua orang penyabar.. alangkah aman hidup ini.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

16 Responses to “Tips dan Petua Memilih Suami Penyabar, Elakkan Suami Panas Baran”

  1. cik terluka says:

    sebelum kawin, saya mmg dah kenal dgn sifat panas baran suami.. agaknya dah mmg jodoh saya dgn dia.. kadang2 terfikir juga.. kenapalah dulu saya tak kuatkan hati utk menolaknya.. kesal pun ada juga.. skrg cuba utk selalu ingatkan diri dgn ini:
    Benarlah Firman Allah yang bermaksud
    “Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
    Surah Al Baqarah : 216

    • cik terluka, jodoh ajal maut ditangan Allah. Terimalah dia seadanya, tips yang sy berikan ini hanyalah sebagai usaha kita. Terimakasih sudi baca artikel saya.Saya doakan cik terluka sabar menghadapi dugaan hidup.Lagi besar dugaan lagi besar ganjaran yang Allah berikan

  2. habis tu,
    cmne nk taw die plihan tbaik kter ?

  3. yang penting kena bagitahu awal2 lah , yang kita nie sekian2.. nanti dah kahwin mungkin akan ada pasang surutnya lah kot… itu sahaja..
    zik recently posted..Lembu berenang

  4. Semasa berkasih hendak nampak yang buruk kerana semuanya indah. Kita di kaburkan pandangan kerana kemaruk dan angau bercinta hingga kentut kekasih pun wangi apabila sudah mengikat ikatan perkahwinan baru semua yang buruk nampak.

    Oleh itu kita perlu menerima kekurangan pasangan jangan asyik yang manis sahaja kita mahu bagi mereka ini berpeluang memperbaiki diri walaupun tidak 100%
    akubiomed recently posted..Dapat email ucapan sambutan Tahun Baru Cina dari PM

  5. Berlatih? Cemna tu? cer cerita.. Amek anak org lain? ha3

  6. sikap sebenar lelaki akan nampak setelah beberpa ketika selepas berkahwin..
    Saya pulak, nak kata penyabar tak jugak.. nak kata baran tak juga… kira masih mampu bersabarlah..
    Mus recently posted..Minisite Yang Simple Tapi Komisennya Lumayan

  7. Jai ni jenis penyabar kot..hu3.. Ntah, kena tanya awek jai dulu..
    decrewz recently posted..Review Ke-2 Dari Ar-Rifke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge