Dalam kesibukan kawan2 di pejabat download sana download sini pekeliling mengenai gaji baru SBPA, CS rasanya orang yang tak peduli sangat. Bukan tak ambil berat tapi tak berminat dengan tawaran untuk menerima pencen umur 60 tahun.
Teringat dialog dengan kawan CS beberapa tahun lalu.
Mazni : Zaidah, kau nak terima ke opsyen umur 58 tu?
Zaidah : aku tak tau lagi lah Maz.
Mazni : Aku memang tak terima. Tak ada pekdah pun.
Zaidah : Ye ke?
Mazni : kau agak kau ingat ke jalan nak balik rumah umur 58 tu?
Zaidah : ketawa besar..hahaha hehehe hihihi
Itu dialog masa opsyen umur 58. Apa pulak diolog kawan CS ni bila umur 60. Memang tidak dinafikan, di pejabat sekarang ini yang sudah pun berumur 58 tahun tapi masih kuat bekerja dan pengalaman luasnya sangat diperlukan. Pengalaman mereka ini dalam menimbang pembuatan keputusan yang baik sangatlah dialu-alukan.
Tidak juga menafikan ada yang sudah rasa malas untuk bekerja. Mungkin ini fenomena kaum wanita yag lebih suka menumpukan kepada faktor untuk berehat di rumah dan memilih aktiviti komuniti sebagai pilihan untuk berpencen awal.
CS sentiasa ingat pesan pegawai senior di pejabat CS, apapun yang kerajaan tawarkan kepada kita, pasti kerajaan juga tidak akan rugi. Contoh cuti bersalin 90hari. Bukannya setiap anak kita dapat 90 hari tetapi dalam 5 orang anak yang dibenarkan cuti bergaji, hanya jumlah 300 hari sahaja yang dibenarkan. So pilihlah anak keberapa yang kita nak opsyen untuk 90 hari.
Walaupun demikian itu hanya pro dan kontra, sebagai umat Islam, bersyukur itu sudahlah tentu dengann nikmat dunia yang sementara ini.
Akhir kata, umur 60 tahun tetap tidak menjadi pilihan. Semoga Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA ini tidak memaksa kami memilih umur 60 tahun.
8 Responses to “Umur 60 memang tak berminat”








hehe … lawak lak dialog pertama tu …
suami sy pun nmpk gaya mcm nk pencen umo 58 jer …
Ummi Hanie recently posted..Boboiboy jahat
memang…………..saya langsung tak nak 60 tahun….58 pun tak pilih…masa tu..ingat masjid je la, dgr ceramah2 dimasjid, bukan masa untuk kejar harta dunia
Sarimah, sy dah terpilih umur 58 dulu.. tapi tak pe la kali ni mmg tak nak umur 60
jangan bosan pula bila dok rumah tu nanti. hehe..
titan recently posted..Central South Mariner menang tipis
sebelum pencen kena siapkan plan titan, kalau tak penyakit yg datang
Kalau pendapat saya, cukuplah setakat umur 58 utk limit bersara. Salah satunya boleh beri org lain peluang bekerja dan naik pangkat juga. Tapi mungkin kerajaan ada sebab musabab yg dikaji teliti.
Mekar recently posted..Beza Lelaki dan Perempuan
Orang tua bekas penjawat awam dan bersara ketika umur 55 tahun sekarang ini pencen bulanan dia terima sudah sama dengan gaji terakhir sebelum pencen.
akubiomed recently posted..Merakam gambar gerhana bulan 10 Dis 2011
tua2 nanti rasa nak dok rumah je
buat apa yang patut
lagi pun masih sangat ramai anak muda yang menunggu peluang nak dapatkan pekerjaan
tehr recently posted..Rumah Kita